Microsoft Outlook Untuk Android Kini Hadir Dalam Versi Stabil Penuh – Membuang Tag Preview

Microsoft Outlook Untuk Android Kini Hadir Dalam Versi Stabil Penuh – Membuang Tag Preview

Diterbitkan pada Apr 23, 2015 oleh .

Microsoft telah menawarkan Outlook untuk Android sejak daripada awal tahun ini dalam versi “Preview”. Hari ini, setelah sekian lama ia diuji dan menerima maklumbalas ramai pengguna seluruh dunia, Microsoft akhirnya membuang tag “Preview” dan kini menawarkannya dalam versi stabil sepenuhnya.

Microsoft mengatakan mereka telah menawarkan lebih daripada 17 kemaskini untuk aplikasi Android sejak daripada pengenalan versi Preview, dan kini ia membawakan antaramuka yang lebih baik, sokongan IMAP, integrasi kalendar, dan pelbagai fungsi menarik lain pada klien emel mudah-alih mereka tersebut.

Outlook Android

Seperti semua sedia maklum, menggunakan klien Outlook ini, selain hanya menggunakan perkhidmatan emel daripada Microsoft, pengguna juga turut boleh menggunakan akaun emel yang lain seperti GMail, iCloud, Yahoo! Mail dan sebagainya.

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Outlook ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun Microsoft Outlook untuk Android


TIPS & ULASAN