Cari @ Amanz

Nokia pada pengumuman pengambil-alihan dan penyatuan dengan pihak Alcatel-Lucent sebelum ini, telah memberikan petanda yang mana ingin menjual bahagian pemetaan popular mereka, HERE Maps. Sejak daripadanya beberapa nama besar telah dikatakan berminat untuk mendapatkannya.

Sebelum ini, Uber dikatakan berminat untuk mendapatkannya, selain daripada beberapa syarikat kenderaan. Terkini, hadir sebuah laporan baru, Facebook juga turut berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pemetaan tersebut.

Facebook Here Maps

Perkhidmatan pemetaan Nokia ini sedia digunakan sejumlah syarikat kenderaan, selain ia turut ditawarkan kepada pengguna Windows Phone, iPhone dan juga Android. Untuk pengguna umum, salah satu fungsi yang menjadi tarikan utama untuk menggunakannya adalah kebolehan menggunakan perkhidmatan tersebut secara offline – termasuk sistem navigasinya.

Bahagian pemetaan Nokia ini dikatakan bernilai sekitar $2 bilion Euro yang mana mungkin merupakan sebuah nilai yang kecil sahaja bagi pihak Facebook.

Semua pihak masih tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini, dan mungkin pihak Nokia ingin mendapatkan bidaan daripada pelbagai syarikat sebelum membuat keputusan akhir untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd