Twitter Memperkenalkan Highlights Untuk Memudahkan Anda Mengikuti Ringkasan Tweet Harian

Twitter Memperkenalkan Highlights Untuk Memudahkan Anda Mengikuti Ringkasan Tweet Harian

Diterbitkan pada Apr 24, 2015 oleh .

Twitter sebelum ini telah menawarkan fungsi membolehkan anda melihat sebarang tweet popular yang terlepas ketika anda tidak melawati Twitter dan memaparkannya pada garis masa aplikasi Android anda. Kini, membawa fungsi tersebut setapak kehadapan, Twitter mengumumkan fungsi Highlights.

Twitter Highlights

Melalui Highlights, Twitter akan menghantar notifikasi dua kali sehari kepada pengguna, dimana mereka boleh mengikuti ringkasan Tweet harian yang popular dan menjadi trend pada sesuatu hari. Pengguna kemudian boleh membuka notifikasi berkenaan dan kemudian seterusnya mengikuti Tweet yang trend dikalangan rakan-rakan anda.

Fungsi ini akan diperkenalkan kepada pengguna yang menggunakan bahasa Inggeris terlebih dahulu pada platform Android, dan seterusnya diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN