MyIdol – Membolehkan Anda Hadir Dengan Avatar 3D Menggunakan Wajah Sendiri

MyIdol – Membolehkan Anda Hadir Dengan Avatar 3D Menggunakan Wajah Sendiri

Diterbitkan pada Apr 24, 2015 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda hadir dengan avatar berbentuk 3D menggunakan wajah anda, dan terkini, salah satu aplikasi yang baru dengan fungsi tersebut dan menjadi tarikan ramai adalah aplikasi MyIdol.

Aplikasi MyIdol ini membolehkan anda menggunakan wajah anda tersendiri untuk hadir dengan avatar 3D anda yang boleh membuat beberapa aksi menarik – terutamanya menari dan menyanyi.

MyIdol

MyIdol

Pihak MyIdol menyediakan beberapa animasi ringkas dalam bentuk video untuk pengguna hadir dengan video muzik tersendiri. Setiap video muzik yang dibuat seterusnya boleh dikongsikan terus ke laman sosial dengan mudah.

Aplikasi ini berfungsi dengan merakamkan gambar wajah anda atau menggunakan gambar sedia ada dalam peranti untuk hadir dengan avatar 3D tersendiri, dan kemudian menggunakan fungsi terbina aplikasi untuk menyunting wajah, pakaian dan sebagainya.

Seterusnya, pengguna boleh menggunakan avatar 3D tersebut untuk beraksi dalam beberapa video muzik, atau membuat aksi seperti membawa motorsikal, bersenam dan sebagainya.

MyIdol

MyIdol

MyIdol

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan untuk aplikasi ini buat masa ini adalah bahasanya, dimana ia hanya ditawarkan dalam bahasa Cina sahaja. Versi berbahasa Inggeris dikatakan akan hadir tidak lama lagi. Tetapi, ia menggunakan rekaan aplikasi yang biasa kita lihat, dan memudahkan anda menggunakannya walaupun berbahasa berbeza.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma untuk iPhone, atau mencuba versi beta untuk Android.

Muat-Turun MyIdol untuk iPhone

Muat-Turun MyIdol untuk Android Beta


TIPS & ULASAN