Carian
Permainan Cut The Rope 2 Kini Boleh Dimainkan Oleh Pengguna Windows Phone
April 24, 2015 Aman

Cut The Rope merupakan salah satu permainan popular, dan versi kedua permainan berkenaan telah diperkenalkan pada tahun lepas untuk pengguna Android dan juga iOS. Kini, permainan sama turut diterbitkan untuk para pengguna peranti Windows Phone.

Cut The Rope 2

Melalui permainan Cut The Rope 2 yang diperkenalkan untuk Windows Phone ini, pihak ZeptoLabs turut menyertakan beberapa perkara baru, termasuk watak permainan baru, lokasi permainan baru, dan juga misi yang lebih banyak.

Bagi anda yang menggunakan peranti Windows Phone, mungkin boleh memuat-turun permainan ini dan memainkannya pada peranti ada secara percuma hari ini.

Komen