Maxis Mengemaskini Harga Pelan Tablet Hotlink – Kini RM30 Untuk 1GB, 365 Hari Aktif

Maxis Mengemaskini Harga Pelan Tablet Hotlink – Kini RM30 Untuk 1GB, 365 Hari Aktif

Diterbitkan pada Apr 24, 2015 oleh .

HoltinkMaxis telah sedia menawarkan pelan khusus untuk tablet dinamakan sebagai Pelan Tablet Hotlink sejak daripada tahun lepas. Kini, dengan saranan pihak kerajaan untuk mengurangkan harga akses internet, pihak Maxis turut kini mengemaskini harga tawaran tersebut.

Pelan Tablet Hotlink kini dikurangkan 50% harga, dimana kini berharga RM30 untuk akses data sebanyak 1GB dan tempoh aktif akaun selama 365 hari. Sebelum ini, pelan ini berharga RM60.

Seperti biasa, melalui pelan ini pengguna boleh menikmati rangkaian 4G LTE Maxis melalui pakej ini. Secara kasar ia ditujukan kepada mereka yang jarang menggunakan internet dan inginkan tempoh aktif akaun yang lama.

Maxis juga turut mengemaskini harga untuk membeli data tambahan bagi pakej tablet ini, dimana tambahan data untuk 1GB berharga RM25, sementara untuk 2GB pula ia berharga RM45.

Hotlik Tablet


TIPS & ULASAN