Cari @ Amanz

Canonical telah mengumumkan pelancaran Ubuntu 15.04 Vivid Vervet beberapa hari yang lepas, dan kini, sistem operasi terbaru berasaskan sumber terbuka berkenaan sedia untuk dimuat-turun oleh pengguna baru, ataupun dinaik-taraf oleh pengguna sedia ada.

Ubuntu 15.04 merupakan kemaskini terbaru sistem operasi Ubuntu, menggunakan kernel Linux 3.19.3, serta menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian terkini – termasuk LibreOffice, Mozilla Firefox dan sebagainya.

Ubuntu 15.04 juga kini menggunakan systemd init berbanding upstart sebelum ini. Perubahan ini dijangka akan membawakan kepada kelajuan boot sistem operasi sedikit pantas berbanding kebiasaan.

Disamping itu, pihak Ubuntu turut mengemaskini penggunaan Unity kepada versi Unity 7.3 yang membawakan penambah-baikkan kepada antaramuka desktop Ubuntu.

Bagi para pengguna baru, anda boleh memuat-turun fail ISO Ubuntu 15.04 Vivid Vervet dan mungkin boleh mencubanya pada Virtual Desktop atau menggunakannya pada komputer anda sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd