Samsung Galaxy S6 Edge Dengan Storan 64GB Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi Pada Harga RM3599?

Samsung Galaxy S6 Edge Dengan Storan 64GB Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi Pada Harga RM3599?

Diterbitkan pada Apr 26, 2015 oleh .

Kami kini telah mendengar beberapa desas-desus awal, mengatakan Samsung Malaysia mungkin akan memasarkan telefon pintar terkini mereka iaitu Samsung Galaxy S6 Edge yang hadir dengan variasi storan 64GB di pasaran Malaysia, dan akan membawakan tanda harga yang mungkin mengejutkan ramai, iaitu RM3599.

Samsung Galaxy S6 Edge merupakan telefon pintar yang hadir dengan skrin pada bahagian sisi kiri dan juga kanan, selain turut menyertakan beberapa fungsi khusus untuknya.

Galaxy S6 Edge menyertakan skrin bersaiz 5.1-inci, cip pemprosesan Exynos lapan-teras, memori dilengkapi dengan kamera belakang 16-megapixel OIS, kamera hadapan 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 2600mAh. Samsung turut mengemaskini paparan TouchWiz dengan penawaran lebih lancar serta membawakan beberapa aplikasi Microsoft secara terbina. Samsung turut menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar pada peranti ini.

Buat masa ini, kami masih tidak ketahui lagi berkenaan bilakah versi 64GB ini akan dijual di Malaysia. Samsung hanya menawarkan versi 32GB buat masa ini pada harga RM3099.

Baca : Samsung Galaxy S6 Edge


TIPS & ULASAN