WhatsApp Untuk Blackberry 10 Kini Boleh Melakukan Panggilan Telefon

WhatsApp Untuk Blackberry 10 Kini Boleh Melakukan Panggilan Telefon

Diterbitkan pada Apr 25, 2015 oleh .

BlackBerry Whatsapp

Dimulakan dengan Android. Diikuti oleh iOS dan kini giliran pengguna platform Blackberry 10 pula untuk menikmati fungsi panggilan telefon melalui WhatsApp. Sila lakukan kemas kini aplikasi anda kepada versi 2.12.1.2 untuk mendapatkan fungsi panggilan. Berita ini pastinya menggemburkan pengguna Blackberry yang pastinya mahu mendapat fungsi yang sama seperti pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Kini giliran pengguna Windows Phone pula untuk menerima fungsi yang sama. Buat masa ini masih belum diketahui bilakah ianya akan berlaku. Kepada pengguna WP mungkin anda boleh menanti kemunculan fungsi menelefon ini sambil bermain aplikasi permainan Cut The Rope 2 yang baru sahaja diperkenalkan untuk peranti anda.

Muat Turun WhatsApp Messenger v 2.12.1.2 dari Blackberry World


TIPS & ULASAN