Cari @ Amanz

JaringJaring Communications Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang popular dikalangan pengguna internet tempatan, dimana ia telah bermula hampir 30 tahun yang lepas, dan menjadi salah satu syarikat penyedia internet paling awal di Malaysia. Namun, syarikat yang semakin lama semakin jarang kedengaran ini kini dilihat dalam proses pembubaran syarikat selepas menerima arahan mahkamah pada hari Khamis yang lepas.

Jaring sebelum ini telah dibangunkan pada tahun 1986 yang lepas dengan nama RangKoM. Selepas itu, ia telah dilancarkan kepada umum dengan nama JARING, dan diletakkan sebagai anak syarikat MIMOS pada tahun 2002.

Episod menyedihkan untuk Jaring ini dikatakan bermula pada awal tahun 2014 selepas ia dijual kepada satu pihak yang memfokuskan kepada keuntungan dan tidak menjaga kepentingan JARING.

Perkembangan lanjut mengenai syarikat ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Dari semakan kasar, beberapa universiti dikatakan sedang mencari pembekal perkhidmatan baru menggantikan Jaring.

Kita mungkin akan mendengar mengenai status syarikat ini dalam masa beberapa minggu lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd