Xiaomi Menerima Pelaburan Daripada Usahawan Popular Dari India – Ratan Tata

Xiaomi Menerima Pelaburan Daripada Usahawan Popular Dari India – Ratan Tata

Diterbitkan pada Apr 26, 2015 oleh .

Xiaomi hari ini melalui laman Facebook mereka mengumumkan yang mana mereka telah menerima pelaburan daripada pengerusi Emeritus of Tata Sons dari India, iaitu Ratan Tata. Namun, mereka tidak berkongsi lanjut mengenai jumlah saiz pelaburan dan pegangan beliau dalam syarikat berkenaan.

Ratan Tata merupakan pengerusi untuk salah satu syarikat konglomerat daripada India, yang memiliki pelbagai jenis syarikat dibawahnya, termasuk salah satu yang popular adalah perusahaan automotif yang dikenali dengan nama Tata Motors.

Ratan Tata Xiaomi

Selain daripada pelaburan, Ratan Tata juga turut dilihat akan memberikan khidmat nasihat kepada Xiaomi dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan di pasaran India. India seperti semua sedia maklum, merupakan pasaran kedua terbesar di dunia selepas China. Dengan mengukuhkan kedudukan di India, Xiaomi juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena jualan peranti mudah-alih.

Berkongsi mengenai kedudukan semasa syarikat, Xiaomi kini menduduki tangga kelima dalam arena penjualan peranti mudah-alih, dan menariknya mereka hanya mempunyai operasi di beberapa buah negara sahaja buat masa ini berbanding dengan pelbagai syarikat popular yang lain.


TIPS & ULASAN