Freelancer.com Membeli Perkhidmatan Pembayaran Escrow.com Pada Harga $7.5 Juta

Freelancer.com Membeli Perkhidmatan Pembayaran Escrow.com Pada Harga $7.5 Juta

Diterbitkan pada Apr 28, 2015 oleh .

Freelancer merupakan salah satu perkhidmatan popular memfokuskan membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan tugasan untuk dilakukan dan mendapatkan pekerja dengan kepakaran untuk menyelesaikannya. Mereka sebelum ini telah memperluaskan perkhidmatan ke pasaran tempatan, dan kini Freelancer turut terus mengukuhkan kedudukan dalam arena internet dengan mengambil-alih salah satu perkhidmatan pembayaran dari Amerika Syarikat, iaitu Escrow.com.

Escrow merupakan salah satu perkhidmatan pembayaran atas-talian, dimana pengguna boleh menghantar bayaran, dan ia akan memegang bayaran sementara sehingga transaksi selesai sepenuhnya. Pelbagai perkhidmatan yang menggunakan sokongan Escrow, termasuk GoDaddy dan juga eBay.

Dengan pengambil-alihan ini, kita akan dapat melihat Freelancer mengintegrasikan dan menggunakan perkhidmatan bayaran tersebut dengan lebih meluas pada perkhidmatan mereka. Freelancer juga turut dijangka akan mengatasi pelbagai masalah melibatkan pembayaran dengan pengambil-alihan perkhidmatan ini.


TIPS & ULASAN