Oppo R7 Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Pada Bulan Hadapan

Oppo R7 Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Apr 28, 2015 oleh .

Oppo R7Oppo telah memperkenalkan Oppo R5 pada penghujung tahun lepas, dan kini pengeluar peranti dari China berkenaan dilihat sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan kemaskini untuk peranti berkenaan tidak lama lagi – iaitu pada bulan Mei 2015 kelak.

Oppo R5 sebelum ini memfokuskan kepada peranti yang nipis, dan mungkin pihak Oppo akan terus memfokuskan kepada perkara sama melalui Oppo R7 kelak. Beberapa desas-desus sebelum ini turut mengatakan ia mungkin membawakan bahagian tepi yang nipis berbanding pelbagai peranti lain.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Oppo R7 dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci dan dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek MT6795. Ia turut dikatakan akan menggunakan kamera 20.7-megapixel pada bahagian belakang.

Dengan pihak Oppo yang telah mula mengeluarkan teaser rasmi ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak info dikongsikan mereka – berkemungkinan pelbagai teaser tambahan lain dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN