Cari @ Amanz

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan komputer riba hibrid terbaru mereka, iaitu Acer Switch 10E berasaskan kepada Windows 8 (Bing) dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z3735F. Acer turut menekankan komputer hibrid ini boleh dinaik-taraf kepada Windows 10 setelah ia dilancarkan secara rasmi pada tahun ini.

Acer Switch 10E

Acer Switch 10E hadir dalam dua variasi storan berbeza, iaitu dengan pilihan 32GB eMMC + 500GB yang ditawarkan pada harga RM1399, ataupun 64GB eMMC yang ditawarkan pada harga RM1099. Spesifikasi lain untuk kedua-dua model adalah lebih kurang sama, termasuk memori 2GB RAM, sokongan Intel Graphics, kamera belakang 2-megapixel, kamera belakang 2-megapixel, serta hadir dengan pelbagai sokongan port, termasuk USB 2.0, HDMI, serta bateri yang bertahan sehingga 12 jam.

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, pihak Acer membuka sebuah kedai konsep baru yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur – membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai barangan Acer, selain khidmat bantuan dengan mudah. Acer turut mengatakan mereka akan membuka dua lagi kedai konsep baru tidak lama lagi, iaitu di Mid Valley Megamall dan juga The Mines.

Aspire Switch 10EIMG_6361

Aspire Switch 10EIMG_6363

Aspire Switch 10EIMG_6356

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd