Cari @ Amanz

Tstand-1Sejak mempunyai puteri kecil saya tidak lagi mempunyai masa terluang menonton perlawanan bola sepak pada hujung minggu. Anak perlu disusu dan ditidurkan di dalam bilik. Televisyen pula di ruang tamu. Kerap kali kami menonton TV menerusi aplikasi Astro On The Go menggunakan iPad. Tetapi sesiapa yang pernah menonton rancangan TV menggunakan tablet akan menyedari ianya bukanlah sesuatu yang selesa. Letak atas perut dan tablet akan menggelongsor. Letak di atas katil sudut menonton pula tidak optimum. Apa yang boleh anda lakukan?

T Stand ialah pemegang tablet yang direka khas untuk diletakkan di atas badan sambil anda berbaring. Tapak T Stand boleh mencengkam bahagian dada dan ini menjadikannya platform tablet yang stabil. Kedudukan tablet juga boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna. Ia turut boleh diletakkan pada bahagian pinggul untuk tontonan secara mengiring di atas sofa.

Jika anda lebih banyak menggunakan tablet berbanding TV di rumah seperti kami, T Stand ialah pemegang tablet yang anda mahukan dengan segera. Harga jualan ialah sekitar $49. TSTand jika digabungkan dengan beg dengan pemegang tablet terbina yang kami paparkan sebelum pastinya menarik.

Tstand-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd