Cari @ Amanz

HTC Malaysia telah pun mengesahkan yang mana HTC One M9 tidak akan memasuki pasaran Malaysia, sebaliknya mereka hanya akan menawarkan HTC One M9+ sebagai peranti flagship mereka untuk pasaran Malaysia.

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9

HTC One M9 telah diperkenalkan secara rasmi oleh pihak HTC ketika acara Mobile World Congress 2015 yang lepas, tetapi menerima reaksi berbeza daripada pengguna seluruh dunia – terutamanya kerana kualiti rakaman gambar yang kurang menarik berbanding beberapa peranti lain di pasarang. Disamping itu, perbezaan yang minima daripada rekaan peranti berbanding One M8 juga tidak digemari ramai – walaupun rekaannya agak menarik bagi kami.

One M9+20150417_120819

Menggantikan peranti tersebut di Malaysia adalah HTC One M9 Plus yang turut telah diperkenalkan oleh HTC baru-baru ini di China.

HTC One M9+ dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio X10, skrin bersaiz 5.2-inci, memori 3GB RAM, kamera belakang 20-megapixel Duo Camera, serta kamera hadpaan 4-megapixel. Peranti ini turut menggunakan bateri berkapasiti 2840mAh, serta dilengkapi sokongan 4G.

HTC Malaysia dijangka berkongsi lanjut mengenai harga penawaran peranti ini untuk pasaran Malaysia pada petang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd