Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan satu lagi peranti mampu milik daripada mereka berasaskan Android, iaitu Honor 4C. Peranti ini, seperti biasa akan dijual melalui web VMall, dan berharga RM529 di Malaysia.

Honor 4C hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan lapan-teras 1.2Ghz 64-bit, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel serta bateri berkapasiti 2550mAh yang didatangkan dengan teknologi SmartPower 2.5 membolehkan peranti ini menjimatkan tenaga yang digunakan sehingga 30%.

Antara spesifikasi lain termasuklah paparan skrin 5-inci 1280 x 720 piksel. Honor seperti biasa, melengkapkan peranti ini dengan antaramuka EmotionUI 3.0 berasaskan kepada Android 4.4 KitKat. Peranti ini hadir dengan ruangan storan terbina sebanyak 8GB dan boleh ditambah melalui slot kad Mikro-SD sehingga 32GB, serta memori 2GB RAM. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara 5.1 channel.

Honor 4C -IMG_9883

Honor 4C -IMG_9891

Honor 4C ini dilancarkan bersempena dengan sambutan ulang-tahun pertama Honor di Malaysia, dan bersama-sama dengannya, pihak Honor Malaysia turut melancarkan Honor 6 Plus. Malaysia boleh dikategorikan antara negara terawal yang menerima peranti Honor 4C ini, dan mungkin turut boleh menjadi pilihan alternatif bagi mereka yang inginkan peranti bersaiz sedikit kecil berbanding Honor 4X.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd