Cari @ Amanz

HTC Malaysia telah sedia mengatakan tidak akan membawa masuk HTC One M9 ke pasaran tempatan, dan hanya akan menawarkan variasi bersaiz sedikit besar, iaitu HTC One M9+. HTC One M9+ ini akan dijual di Malaysia bermula 30 April pada harga RM2599.

HTC One M9+ ini hadir dengan cip pemprosesan MediaTek terkini, iaitu Helio X10 lapan teras pada kelajuan 2.2Ghz. Disamping itu, peranti ini turut membawakan memori 3GB RAM serta ruangan storan 32GB.

One M9+20150417_120819

Untuk rakaman kamera, HTC One M9+ turut menyertakan kamera belakang 20-megapixel dengan sokongan Duo Camera, dan juga kamera hadapan HTC Ultrapixel. Untuk bateri, peranti bersaiz 5.5-inci ini membawakan bateri berkapasiti 2840mAh.

Jadi, pada harga MR2599, adakah peranti ini akan menjadi pilihan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd