Cari @ Amanz

Opera pada bulan lepas telah memperkenalkan sokongan sync bookmark antara peranti mudah-alih dan juga desktop. Kini, dengan pengenalan Opera 29, Opera turut sama menambah-baik sokongan tersebut, dan kini turut menyertakan sokongan sync untuk tab.

Opera Tab

Seperti biasa, untuk sync tab, pengguna perlu log masuk ke akaun Opera mereka, dan seterusnya anda boleh melihat tab pelayar web yang dibuka pada desktop terus pada peranti mudah-alih anda.

Disamping itu, pihak Opera kini turut menyertakan sokongan paparan audio pada tab, membolehkan anda melihat tab mana yang menghasilkan bunyi audio, dan mengawal bunyi yang dikeluarkan jika tidak digemari.

Bagi para pengguna Opera pada desktop, anda kini boleh memuat-turun atau menaik-taraf pemasangan pelayar web Opera anda hari ini, dan menikmati fungsi yang dibawakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd