Sokongan Opera Turbo Diperkenalkan Pada Pelayar Web Opera Di Android

Sokongan Opera Turbo Diperkenalkan Pada Pelayar Web Opera Di Android

Diterbitkan pada Apr 29, 2015 oleh .

Teknologi Opera Turbo merupakan salah satu perkara yang diminati sesetengah pengguna Opera, memandangkan ia akan mengurangkan saiz sesebuah web, dan menjadikan ia dapat dibuka dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Kini, fungsi popular berkenaan turut diperkenalkan untuk para pengguna Opera pada peranti Android.

Opera Turbo

Fungsi Opera Turbo ini menggantikan mod Off-Road yang terdapat pada pelayar web versi Android sebelum ini, dan dikatakan menawarkan sokongan compress yang lebih baik berbanding kebiasaan, disamping menggunakan pelayan Turbo terkemuka daripada Opera.

Disamping itu, pihak Opera turut menyertakan sokongan untuk sync tab pada versi Android, membolehkan anda sync tab yang dibuka pada pelayar web Opera menggunakan akaun Opera, dan kemudiannya mengakses menggunakan sebarang peranti Android dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera untuk Android, anda boleh mengemaskininya hari ini untuk menggunakan fungsi ini, ataupun memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun Opera untuk Android


TIPS & ULASAN