Apple Watch mendapat sambutan hangat sejak dijual seminggu lalu. Jam tangan ini sudahpun dinobatkan oleh beberapa laman web terkenal sebagai jam tangan pintar terbaik di pasaran. Sungguhpun begitu jika anda memiliki jam tangan pintar ini anda akan menyedari satu kekurangan ketara berbanding jam tangan pintar lain di pasaran. Tidak seperti jam Android Wear misalnya, pilihan muka jam yang boleh digunakan adalah terhad. Apple mengesahkan mereka mengharamkan aplikasi muka jam dari pihak ketiga untuk Apple Watch.
- Baca : Pandang pertama Apple Watch
Mengapa ini dilakukan? Alasan pertama ialah untuk menghalang berlakunya penyalahgunaan harta intelek rekaan jam jemama lain. Seperti yang kami laporkan tahun lalu, jenama jam mewah tidak berpuas hati pengguna Android Wear menggunakan muka jam mereka tanpa kebenaran. Ini mengakibatkan beberapa muka jam “tiruan” ditarik dari Google Play. Apa yang dilakukan Apple ialah cara terbaik mengelakkan masalah yang sama berlaku pada platform mereka. Ini juga dapat menarik minat jenama jam tangan lain untuk menjual muka jam rasmi mereka sendiri melalui Apple. Tindakan kapitalis yang pastinya akan menggembirakan kedua-dua pihak. Sebelum ini Apple terpaksa membayar $21 Juta kepada Swiss Federal Railway kerana menggunakan rekaan jam mereka tanpa kebenaran.
Adakah tindakan Apple ini pada pendapat anda langkah yang baik? Adakah kekurangan muka jam yang boleh dipilih akan membuatkan anda tawar hati untuk memilikinya kelak?