Carian
Selfie Arm : Mengambil Gambar Selfie Tanpa Kelihatan Seperti Keseorangan
April 29, 2015 Effi Saharudin

Minggu lepas ada kami sentuh sejarah penciptaan kayu selfie pertama oleh Hiroshi Ueda. Semuanya bermula dari perasaan risau kamera dicuri ketika melancong ke Eropah. Rekaan beliau tidak mendapat sambutan kerana dikatakan tidak perlu. Selang tiga dekad selfie stick kini dijual secara meluas dan mendapat sambutan yang sangat hangat. Jika mengambil gambar menggunakan kayu selfie membuatkan anda kelihatan seperti seorang insan keseorangan selama-lamanya, Selfie Arm dicipta khas untuk anda.

Selfie-Arm-1

Selfie Arm ialah kayu selfie yang membuatkan anda kelihatan seperti memegang tangan manusia ketika berselfie. Ianya dicipta oleh Aric Snee dan Justin Crowe, dua orang artis yang berasal dari Amerika Syarikat. Idea mencipta “tangan selfie” ini wujud selepas menyedari gambar yang diambil menggunakan kayu selfie biasa membuatkan penggunanya kelihatan seperti kera sumbang anti sosial. Dengan Selfie Arm wujud ilusi pengambil gambar mengambil gambar dengan orang tersayang. Buat masa ini Selfie Arm masih hanya prototaip dan bukan untuk dijual kepada umum.

Gambar yang diambil menggunakan Selfie Arm ini mengingatkan kami kepada siri gambar Instagram oleh Murad Osman. Kesemua gambar beliau diambil dengan tangan beliau memegang tangan teman wanita di lokasi-lokasi menarik serata dunia. Kini anda juga boleh bergambar seperti Murad Osman walaupun seorang diri.

Selfie-Arm-2

Komen