Nexpaq : Cangkerang Telefon Modular Pertama Dunia

Nexpaq : Cangkerang Telefon Modular Pertama Dunia

Diterbitkan pada Apr 30, 2015 oleh .

Nexpaq-1

Peranti pintar modular seperti Projek Ara masih lagi di peringkat prototaip. Sekiranya anda tidak sabar menunggu kewujudan peranti modular anda mungkin boleh membeli cangkerang modular Nexpaq. Cangkerang untuk Samsung Galaxy S6 dan iPhone ini mempunyai enam slot di bahagian belakang. Anda boleh meletakkan lampu led, pengesan nafas, memori tambahan, bateri,pembesar suara dan juga pemancar laser pada slot yang ada mengikut keperluan. Cangkerang ini turut mempunyai power bank terbina sebesar 1000 mAh. Dengan Nexpaq anda boleh mendapatkan kemampuan seakan Projek Ara tanpa menunggu peranti pintar modular ini wujud di pasaran.

Buat masa ini terdapat 12 modul yang telah dihasilkan untuk Nexpaq. Mereka masih cuba mengumpulkan dana bagi penghasilan secara komersial. Anda boleh menyokong projek ini dengan harga serendah $89. Terdapat perancangan menghasilkan cangkerang untuk peranti lain sekiranya terdapat permintaan yang mencukupi.

nexpaq-2


TIPS & ULASAN