Bersempena dengan BUILD 2015, pihak Microsoft telah mengumumkan beberapa perkara berkaitan dengan sistem operasi terbaru mereka, dan kini mereka turut sama telah menerbitkan Windows 10 Preview untuk Raspberri Pi 2.
Microsoft telah mengumumkan sokongan untuk Raspberry Pi 2 sebelum ini, dan dengan penawaran ini, ia membolehkan para pembangun dan mereka yang sering menghabiskan masa dengan Raspberry Pi 2 untuk menggunakan Windows 10 untuk tujuan pembangunan mereka.
Disamping itu, pihak Microsoft juga turut menekankan kepada kerjasama dengan Arduino, membolehkan anda menggunakan Windows 10, serta menerima pengesahan “Arduino Certified” untuk produk mereka – menandakan pihak Microsoft mengesahkan hardware berkenaan.
Bagi anda yang berminat, anda boleh menyertai Windows Developer Program untuk IoT hari ini, dan menggunakan Windows 10 bersama-sama Raspberry Pi 2, Intel Galileo, Arduino dan sebagainya dengan mudah.
- Muat-Turun Windows 10 untuk IoT