Suku kedua tahun 2015 telah memperlihatkan pelbagai peranti telefon pintar memasuki pasaran Malaysia. Sekiranya anda seorang pengguna yang ingin memiliki peranti terbaru, Samsung Galaxy S6 yang baru dilancarkan bulan lepas merupakan salah satu peranti terbaru yang mempunyai pelbagai kelebihan serta spesifikasi terkini di pasaran. Bagi kami, enam sebab berikut kenapa telefon ini berbaloi dan memberikan nilai untuk anda memilikinya.
Menjadi salah satu fokus utama ramai ketika memilih peranti mudah-alih adalah sokongan kamera. Pada Galaxy S6, Samsung menyertakan kamera 16-megapixel dengan sokongan OIS.
Daripada percubaan kami, kamera pada Galaxy S6 adalah yang terbaik buat masa ini, malah lebih baik daripada rakaman gambar di iPhone 6. Selain daripada itu, kamera Galaxy S6 turut menyokong rakaman video 4K, selain membolehkan pengguna membuat beberapa fungsi menarik untuk rakaman.
Menariknya Samsung Galaxy S6 adalah dimana Samsung menawarkan sokongan servis lepas jualan yang menarik bagi para pembeli Galaxy S6. Perkara sebegini sudah tentu memberikan lebih pulangan buat nilai pembelian peranti ini.
Pengguna Galaxy S6 boleh membuat panggilan kepada talian khusus bagi mendapatkan bantuan, selain pihak Samsung sendiri menyediakan beberapa penawaran khusus seperti promosi dan sebagainya kepada pembeli Galaxy S6. Salah satunya adalah perkhidmatan penyelenggaraan atau semakan. Anda boleh menghantar peranti untuk perkhidmatan percuma, dimana pusat khidmat akan menyemak 7 perkara, iaitu:
- Mengemaskini perisian
- Melakukan diagnostik untuk paparan skrin
- Pengujian suara
- Memastikan pengegar peranti berfungsi dengan baik
- Pengujian kamera dengan menguji mod-mod yang ada
- Menyemak bateri bagi memastikan ia berfungsi secara optimum
- dan juga diagnostik untuk perhubungan Wi-Fi dan Bluetooth.
Pihak Samsung juga boleh mengambil Galaxy S6 yang ingin dibaiki dari anda secara percuma tanpa sebarang caj.
Samsung Galaxy S6 hadir dengan cip pemprosesan Exynos terkini daripada Samsung, dimana ia menggunakan rekaan pemprosesan 14nm – membawakan kepada penjimatan tenaga bateri tetapi kekal menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi.
Disamping itu, Samsung juga turut menyertakan sokongan UFS 2.0 untuk akses storan yang lebih pantas, membolehkan pengguna mengakses pelbagai media dan aplikasi lebih pantas berbanding pelbagai peranti lain.
Samsung sedia menawarkan perkhidmatan Galaxy Life, dan pada Samsung Galaxy S6 perkhidmatan tersebut terus dikekalkan, membolehkan para pengguna mendapatkan pelbagai promosi percuma dan sebagainya melalui Galaxy Life. Beberapa promosi sebelum ini melalui Galaxy Life adalah termasuk penawaran tiket percuma, diskaun kopi melalui Starbucks, pelbagai kupon menarik dan sebagainya. Antara rakan kerjasama untuk promosi ini termasuklah Manhattan Fish Market dan Coffee Bean.
Samsung Galaxy S6 menawarkan sekuriti yang lebih baik, dimana ia dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari untuk mengakses peranti, selain turut hadir dengan perisian Samsung KNOX untuk melindungi data daripada diceroboh oleh mereka yang tidak dikehendaki. Terdapat juga ‘Private mode’ membolehkan pengguna mengubah privasi sesuatu gambar, video dan juga dokumen yang tidak ingin diakses oleh pengguna lain yang tidak rumit dan hanya memerlukan pengguna memilih kandungan tersebut dan menetapkannya melalui pilihan ‘Options’. Pemilihan akses kandungan ini juga boleh dilakukan menggunakan kata laluan atau menggunakan pengimbas cap jari.
Telefon Samsung Galaxy S6 merupakan telefon pertama daripada Samsung yang hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Anda hanya perlu mendapatkan sebuah aksesori khusus, dan seterusnya membolehkan para pengguna mengecas dengan hanya meletakkan peranti di atasnya sahaja.
Disamping itu, Samsung juga turut menyertakan sokongan pengecasan pantas, membolehkan anda mendapatkan kuasa bateri sehingga 4 jam dengan mengecas sekitar 10 minit sahaja.
- Baca : Ulasan Samsung Galaxy S6
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia