TIDAL – Perkhidmatan Penstriman Muzik Berkualiti Tinggi Dilancarkan Di Malaysia

TIDAL – Perkhidmatan Penstriman Muzik Berkualiti Tinggi Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 30, 2015 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan penstriman muzik di Malaysia, dimana antara yang popular adalah seperti Spotify, Deezer, Rdio dan sebagainya. Kini, turut memasuki pasaran tempatan adalah TIDAL, dimana salah satu titik fokus penawaran mereka adalah perkhidmatan muzik berkualiti tinggi.

TIDAL

TIDAL

Di Malaysia, TIDAL menawarkan dua variasi harga, dimana untuk langganan biasa TIDAL menawarkan harga langganan RM14.90 sebulan, sementara jika anda memilih penawaran penstriman HiFi, anda akan dikenakan caj sebanyak RM24.90 sebulan.

TIDAL mengatakan mereka mempunyai lebih 25 juta lagu dalam senarai, dan menawarkan kualiti lossless (FLAC/ALAC 44.1kHz / 16 bit – 1411 kbps). Selain daripada hanya lagu, mereka juga mempunyai penawaran lebih 75,000 video muzik melalui penawaran mereka.

Bagi menggunakan perkhidmatan TIDAL, anda perlu memuat-turun aplikasi TIDAL untuk Android atau iPhone, selain turut boleh menikmati ia melalui web.

Layari : TIDAL


TIPS & ULASAN