Waze Mula Berkongsi Keadaan Kesesakkan Trafik Luar Biasa Sekitar Kuala Lumpur Melalui Twitter

Waze Mula Berkongsi Keadaan Kesesakkan Trafik Luar Biasa Sekitar Kuala Lumpur Melalui Twitter

Diterbitkan pada Mei 1, 2015 oleh .

Waze merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai pengguna jalan raya sekitar Malaysia, dan kini, perkhidmatan yang dimiliki oleh Google ini mengumumkan langkah baru untuk berkongsi kemaskini kesesakkan trafik yang luar biasa melalui Twitter.

Waze Traffic KL

Melalui akaun Twitter khusus yang dipanggil @WazeTrafficKL, pihak Waze berkongsi pautan kepada aplikasi mereka, disamping pada masa yang sama berkongsi info trafik serta sebuah gambar untuknya.

Pihak Waze berharap agar pengguna dapat mengelakkan kesesakkan lalu lintas melaluinya, apatah lagi dengan perkongsian terus ke Twitter memudahkan pengguna berkongsi dengan pengguna lain yang tidak menggunakan aplikasi Waze, tetapi kekal boleh mengikuti kemaskini daripada perkhidmatan tersebut.

Bagi anda yang aktif menggunakan Twitter, anda boleh mengikuti akaun khusus untuk Kuala Lumpur di @WazeTrafficKL.


TIPS & ULASAN