Sebanyak 22.3 Juta Sony PlayStation 4 Telah Terjual

Sebanyak 22.3 Juta Sony PlayStation 4 Telah Terjual

Diterbitkan pada Mei 1, 2015 oleh .

PlayStation 4Sony hari ini melaporkan sebanyak 22.3 Juta konsol PlayStation 4 telah berjaya mereka jual sejak pelancarannya pada tahun 2013. Ini bermakna sebuah PlayStation 4 terjual setiap 2 saat sejak ia memasuki pasaran dunia. Pihak Sony yakin sebanyak 16 juta unit lagi akan terjual sepanjang 2015.

Jualan PlayStation 4 terus mendahului jualan konsol Xbox One yang kali terakhir dilaporkan terjual sebanyak 10 Juta unit akhir November lalu. Jualan konsol yang memberangsangkan ini turut menjadikan divisyen permainan komputer Sony yang paling menguntungkan dengan jualan melebihi $11 billion. Sementara itu divisyen mobil pula antara yang mencatatkan prestasi yang buruk.

Kejayaan divisyen permainan komputer Sony sangat membanggakan.Mungkin divisyen mobil Sony boleh mencuri strategi pemasaran PlayStation 4 untuk peranti Xperia mereka.Masalah utama peranti Xperia ialah ianya tidak dipasarkan dengan betul walaupun ia merupakan antara peranti pintar terbaik di pasaran.

Pandang Pertama: PlayStation 4


TIPS & ULASAN