Feelreal : Peranti VR Dengan Sokongan Bau, Haba Dan Gegaran

Feelreal : Peranti VR Dengan Sokongan Bau, Haba Dan Gegaran

Diterbitkan pada Mei 1, 2015 oleh .

Peranti realiti Maya adalah masa depan permainan komputer. Beberapa peranti realiti maya sedang dalam pembikinan dengan Oculus Rift dan HTC Vive mendahului pesaing dengan sokongan paling besar. Kesemua peranti realiti maya ini membolehkan pemakai merasakan diri mereka berada di dalam dunia rekaan. Permainan video terasa lebih imersif dan interaktif. Sungguhpun begitu masih ada beberapa elemen lain yang diperlukan untuk membuatkan anda benar-benar percaya anda berada di dalam dunia realiti maya yang anda dengar dan lihat. Deria bau dan sentuh juga perlu “ditipu” bagi menjadikan ini realiti.

Feelreal-1

Feelreal ialah peranti realiti maya yang boleh digabungkan kepada Oculus Rift, Samsung Gear VR, Sony Morpheus dan Zeiss VR One . Ia menghasilkan kesan bau, haba, tiupan angin,percikan air dan gegaran kepada pemakainya. Terdapat kipas kecil pada Feelreal yang meniup udara panas dan sejuk kearah muka pemakai. Dua motor kecil terbina pula akan bergegar seperti pengawal DualShock PlayStation. Akhir sekali terdapat enam kapsul bau yang membolehkan pemakai menghidu apa yang dipaparkan pada skrin Oculus. Antara bau yang disokong ialah api, belerang peluru, hutan, pantai, bunga dan getah terbakar. Feelreal juga menurut pereka boleh digunakan untuk menonton filem biasa.

Jadi bolehlah dikatakan FeelReal ialah peranti realiti maya yang membolehkan anda menghayati dunia maya dengan lebih mendalam. Anda tidak perlu membeli mesin realiti 4 Dimensi yang kini wujud seperti cendawan di pusat membeli belah. Feelreal boleh anda miliki pada harga $300 sebuah. Jika anda mahu diludah Xenomorph dengan lebih realistik di dalam permainan Aliens, Feelreal ialah peranti realiti maya yang anda mahukan.

Feelrea

 


TIPS & ULASAN