SmartChutes : Sistem Payung Terjun Kecemasan Untuk Dron

SmartChutes : Sistem Payung Terjun Kecemasan Untuk Dron

Diterbitkan pada Mei 1, 2015 oleh .

smartchutes-1Peminat dron semakin banyak di Malaysia sehingga menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila seorang penggemar dron menerbangkannya berhampiran KLIA. Anda tidak memerlukan lesen untuk menerbangkan dron tetapi anda memerlukan dompet yang tebal untuk membelinya. Harga dron bermula dari RM 2000 dan boleh meningkat kepada RM5000 bergantung kepada kualitinya. Oleh sebab itu dron ialah pembelian yang anda mahu pastikan dijaga dengan rapi supaya tidak rosak.

Perkara yang paling ditakuti pemilik dron ialah pesawat mereka terhempas ketika operasi. Ketika mengulas Ghost Dron Aerial tempohari, dron yang kami ulas terhempas mengakibatkan kerosakan pada kipas. Harga menggantikan bahagian yang rosak adalah agak mahal. Jadi sistem payung terjun SmartChutes adalah rekaan yang akan memastikan dron anda tidak akan terhempas sehingga rosak.

Payung terjun SmartChutes boleh dibuka dalam masa 0.3 saat. Pengguna boleh membuka payung terjun secara manual ataupun membuka secara automatik apabila ia mengesan kipas tidak berfungsi ketika terbang. Smartchutes sedang mengumpul dana dan boleh anda miliki pada harga $160. Sebuah pelaburan mampu milik bagi memastikan dron anda yang mahal tidak mengalami kerosakan yang teruk apabila gagal berfungsi.

Smartchutes-2


TIPS & ULASAN