Cari @ Amanz

Di beberapa buah negara barat, pihak Microsoft menyediakan kedai rasmi mereka dinamakan sebagai Microsoft Store, yang mana direkabentuk khusus dan mempamerkan pelbagai produk Microsoft – terutamanya Surface dan juga telefon pintar Lumia. Kini, untuk rantau Asia Pasifik, Microsoft bakal membuka Microsoft Store pertama mereka, dan menariknya Malaysia menjadi destinasi utama pilihan gergasi daripada Redmond berkenaan.

Microsoft Store Malaysia

Di Malaysia, lokasi Microsoft Store pertama akan terletak di KLCC, dimana kedai Nokia Store yang lama diubah-suai menjadi Microsoft Store. Microsoft Malaysia menyasarkan untuk melancarkannya secara rasmi pada 9 MeiĀ ini.

Dengan pengenalan Microsoft Store pertama di Asia Pasifik ini, kami berharap pihak Microsoft akan menyediakan beberapa kejutan untuk pengguna tempatan. Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada acara pelancaran Microsoft Store ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd