Xiaomi Mi4 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1199 – Dijual Melalui Pengedar

Xiaomi Mi4 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1199 – Dijual Melalui Pengedar

Diterbitkan pada Mei 1, 2015 oleh .

Beberapa minggu lepas, kita telah melihat Xiaomi Mi4 melepasi Sirim untuk pasaran Malaysia, dan hari ini melalui laman rasmi Facebook, Xiaomi mengumumkan yang mana Mi4 sudah boleh didapati di Malaysia secara rasminya – dan berbeza dengan penawaran sebelum ini, Xiaomi Mi4 akan dijual melalui pengedar rasmi mereka.

Xiaomi Mi4 yang dijual di Malaysia adalah variasi versi 3G sahaja dan bukannya versi 4G. Selain itu, versi yang dijual membawakan ruangan storan 16GB pada harga RM1199. Peranti ini dijual melalui pengedar rasmi mereka di Malaysia. Sebelum ini pihak Xiaomi pernah mengatakan tidak akan menawarkan Mi4 di Malaysia, tetapi nampaknya kini mereka mengubah pendirian mereka.

Xiaomi Mi4

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS Full HD, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, kamera belakang 13-megapixel, serta bateri berkapasiti 3080mAh.

Xiaomi menjual Mi4 ini melalui pengedar rasmi mereka, Mont Asia. Mi4 membawakan rekaan berasaskan kepada bingkai logam, selain pada masa yang sama membawakan cip pemprosesan lebih berkuasa berbanding Xiaomi Mi4i. Namun, dari segi penawaran, Mi4 dan juga Mi4i menawarkan fungsi yang lebih kurang sama.

Pihak Xiaomi sebelum ini telah mengatakan Xiaomi Mi4i akan dijual di Malaysia bermula bulan Mei kelak.


TIPS & ULASAN