Cari @ Amanz

Pada penawaran Surface, salah satu perkara yang turut hadir bersama adalah Surface Pen. Melaluinya, ia menawarkan kebolehan penulisan yang semulajadi dan input yang seumpama pena sebenar – tidak seperti beberapa stylus yang lain. Hari ini, Microsoft secara rasminya mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih teknologi disebaliknya.

Surface Pen

Teknologi ini dimiliki oleh N-Trig, dan Microsoft telah menggunakan teknologi tersebut beberapa kali pada produk mereka – termasuk pada Surface 3 yang akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.

Microsoft mengatakan mereka mempunyai pelbagai perancangan untuk teknologi berkenaan – terutamanya pada Surface Pen. Dengan pelaburan dan pengambil-alihan teknologi ini, Microsoft mengatakan mereka dapat menghasilkan inovasi yang dirancang dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd