Mozilla Merancang Untuk Mengehadkan Sokongan Untuk Web Yang Tidak Menggunakan HTTPS

Mozilla Merancang Untuk Mengehadkan Sokongan Untuk Web Yang Tidak Menggunakan HTTPS

Diterbitkan pada Mei 2, 2015 oleh .

Mozilla nampaknya kini memfokuskan kepada sokongan penyulitan pada web dan ingin menjadikan dunia web lebih selamat lagi. Melalui perancangan yang dikongsikan Mozilla, mereka mengatakan ingin mengehadkan sokongan untuk web yang tidak menggunakan HTTPS tidak lama lagi.

Cadangan ini dikongsikan oleh pihak Mozilla, mengatakan mereka akan berbincang dengan beberapa pihak seperti W3C dan sebagainya untuk menetapkan tarikh khusus untuk mengehadkan sokongan untuk web yang tidak menggunakan HTTPS. Selepas tarikh tersebut, Mozilla akan mengehadkan sokongan fungsi-fungsi baru pada pelayar web mereka hanya kepada laman dengan sokongan HTTPS sahaja.

HTTPS

Selain daripada itu, mereka juga akan mengurangkan akses kepada laman-laman tanpa fungsi HTTPS selepas itu secara berperingkat, sekaligus mengurangkan lagi risiko berkaitan dengan privasi dan juga sekuriti.

Mozilla turut sama menekankan yang mana penyulitan (encryption) yang dibawakan oleh HTTPS turut mengelakkan pelayaran anda dipantau oleh pihak yang tidak dikehendaki, sekaligus memberikan lebih kelegaan di hati pengguna.

Terdapat beberapa penyedia menawarkan sijil SSL secara percuma, selain turut boleh didapati daripada penyedia hos seperti Cloudflare.

Selain daripada Mozilla, Google juga merancang untuk menandakan laman-laman tanpa sokongan HTTPS sebagai tidak selamat bermula tahun ini melalui pelayar web Chrome mereka.


TIPS & ULASAN