Cari @ Amanz

Avengers Age of Ultron yang paling hangat di bioskop negara sekarang. Sekiranya menonton filem aksi ini tidak mencukupi untuk menghilangkan dahaga anda terhadap Avengers, kini ada produk yang pasti ingin anda miliki. Ini ialah pembesar suara berbentuk kepada Iron Man Mark XLIII dari filem AoU. Ia mempunyai pembesar suara sebesar 40 mm dan subwoofer sebesar 82 mm. Muzik boleh diperdengarkan dengan sokongan tambatan Bluetooth, sambungan kabel audio 3.5mm dan juga pemacu ibu jari. Seperti Iron Man mata pembesar suara ini menyala di dalam gelap. Harga jualan pembesar suara edisi terhad ini ialah $449 (RM 1600) sebuah. Malang sekali sistem suara ala Jarvis dan NFC tidak pula disokong.

Iron-Man-Speaker-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd