Facebook Menguji Fungsi Untuk Pengguna Memilih Kemaskini Dari Siapakah Yang Ingin Dipaparkan Pada News Feed

Facebook Menguji Fungsi Untuk Pengguna Memilih Kemaskini Dari Siapakah Yang Ingin Dipaparkan Pada News Feed

Diterbitkan pada Mei 3, 2015 oleh .

Facebook NewsfeedFacebook akhir-akhir ini dilihat memberikan perhatian lebih pada bahagian News Feed dalam usaha memudahkan para pengguna menemui kemaskini yang digemari mereka, sama ada daripada rakan-rakan mahupun Pages. Terkini, Facebook turut dilihat mencuba sebuah fungsi baru untuk membenarkan pengguna sendiri menetapkan kemaskini daripada siapakah yang ingin dipaparkan pada News Feed.

Fungsi baru ini didapati diuji pada aplikasi Facebook pada peranti mudah-alih, dimana sebuah pop-up dipaparkan untuk membolehkan pengguna memilih halaman Pages dan rakan-rakan yang menjadi pilihan utama untuk dipaparkan pada News Feed. Ini membolehkan anda memilih rakan-rakan yang ingin dipaparkan pada halaman utama laman sosial berkenaan, selain Facebook Pages yang digemari anda. Ia sekaligus memudahkan anda untuk menguruskan News Feed dengan paparan yang menjadi minat anda dan bukannya mengikut algoritma automatik pihak Facebook.

Facebook masih mengkategorikan perkara ini sebagai ujian sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya. Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan fungsi seumpama ini?


TIPS & ULASAN