Samsung LEVEL Link Dan LEVEL On Wireless Mula Dijual Di Malaysia

Samsung LEVEL Link Dan LEVEL On Wireless Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 3, 2015 oleh .

Samsung pada acara Mobile World Congress 2015 yang lepas telah mempertontonkan Samsung LEVEL Link dan LEVEL On Wireless, dan hanya mengumumkannya secara rasmi lebih kurang lima hari yang lepas. Menariknya, kini, kedua-dua peranti berkenaan telah mula dijual di pasaran tempatan dan boleh didapati daripada beberapa pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

Samsung LEVEL Link Malaysia

Samsung LEVEL merupakan jenama Samsung memfokuskan kepada penawaran kualiti audio yang baik. Mereka telah menjual peranti dibawah jenama Samsung LEVEL di Malaysia sejak daripada tahun lepas, dan LEVEL On Wireless serta LEVEL Link ini menambah penawaran produk audio mereka.

Samsung LEVEL On Wireless

Samsung LEVEL On Wireless merupakan fon kepala yang hadir dengan teknologi Active Noise Cancellation, serta hadir dengan sokongan untuk menjawab panggilan dengan mudah. Ia turut hadir dengan sokongan S-Voice untuk membuat beberapa arahan suara, selain touchpad pada bahagian tepi untuk mengawal audio yang sedang dimainkan.

Samsung LEVEL Link

Samsung LEVEL Link pula hadir dengan sokongan Bluetooth untuk membolehkan peranti audio tradisional dihubungkan secara wireless, sekaligus membolehkan anda mendengar audio daripada speaker, televisyen dan sebagainya dengan mudah tanpa gangguan wayar.

Di Malaysia, Samsung LEVEL Link ditawarkan pada harga RM286, sementara Samsung LEVEL On Wireless pula dijual pada harga RM847. Pada masa yang sama, bersama-sama dengan penawaran ini, beberapa desas-desus turut kedengaran pihak Samsung bakal menawarkan Gear VR generasi kedua di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN