(Konsep) Windflock : Kincir Udara Penjana Elektrik Modular

(Konsep) Windflock : Kincir Udara Penjana Elektrik Modular

Diterbitkan pada Mei 4, 2015 oleh .

Windflock-1Tesla sudah menghasilkan Powerwall, power bank yang mampu membekalkan kuasa kepada rumah sepanjang hari. Powerwall dicipta bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga dengan lebih bijak dan lestari. Masalahnya panel solar masih lagi terlalu mahal untuk digunakan oleh orang awam. Janakuasa kincir udara pula memerlukan kawasan yang lapang. Jadi bagaimanakah kita boleh menggalakkan orang ramai untuk menggunakan tenaga elektrik mesra alam dengan murah?

 
Windflock ialah konsep janakuasa kincir udara modular yang menyesuaikan masalah kekurangan ruang. Ia boleh disambungkan di atas bumbung ataupun dipasang pada ruang kosong di antara bangunan. Rekaan Windflock mendapat ilham dari bongkah Lego yang  apabila dipasang boleh menghasilkan struktur yang lebih besar. Kini masalah ruang untuk meletakkan janakuasa kincir udara di kawasan bandar dapat diselesaikan. Idea tenaga lestari yang bagus dan harus dipertimbangkan sekarang.

Setakat ini Denmark adalah negara yang paling serius dalam penggunaan tenaga lestari. Hampir 40% sumber tenaga dijana dari sumber bukan bahan api fosil. Di Malaysia ianya adalah sekitar 16% . Dengan sumber bahan api fosil negara yang semakin berkurangan, mungkin kita harus lebih serius dalam mencari sumber tenaga mesra alam mulai sekarang.

Windflock-2

 

 

 


TIPS & ULASAN