Carian
HTC
Variasi HTC One M9+ Dengan Kerangka Plastik Bakal Hadir?
May 4, 2015 Aman

HTC pada tahun ini nampaknya sedikit aktif dalam pengenalan peranti mudah-alih mereka. Setakat ini sahaja mereka telah memperkenalkan beberapa peranti berbentuk flagship, termasuk antaranya HTC One M9, HTC One M9+, HTC One E9, dan juga HTC One E9+. Nampaknya, bukan setakat itu sahaja, dan kini mereka sedang menyiapkan satu lagi peranti baru dikenali dengan nama kod “M9e”.

HTC One M9e

Telefon pintar yang mungkin menggunakan nama “HTC One M9e” ini hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama seperti HTC One M9+, tetapi membawakan sedikit perbezaan dari segi bahan binaan – dimana menggunakan plastik, selain turut tidak menyertakan sokongan Duo Camera pada bahagian belakang.

Menurut apa yang didapati dari TENAA China, M9e ini didapati bakal menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan Quad HD, cip pemprosesan 2.2Ghz lapan-teras, memori 3GB RAM, dan juga kamera belakang 20-megapixel. HTC One M9e turut akan menggunakan kamera hadapan Ultrapixel, selain turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari.

Dengan binaan berasaskan plastik, serta ketiadaan Duo Camera, kita mungkin akan dapat melihat harga tawaran peranti ini lebih rendah berbanding One M9+ sebelum ini. Namun, seperti biasa apa yang menjadi persoalan adalah adakah ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

Komen