Cari @ Amanz

Nokia sebelum ini ketika mengambil-alih Alcatel-Lucent telah menyatakan kemungkinan untuk menjual bahagian HERE Maps mereka, dan membolehkan mereka memfokuskan kepada perkhidmatan rangkaian dan beberapa teknologi lain sepenuhnya. Salah satu syarikat yang diura-ura berminat mengambil-alih dan mendapatkan bahagian HERE Maps daripada Nokia pada ketika itu adalah Facebook.

Terkini, lanjutan daripadanya, pihak Facebook dilihat sedang menguji integrasi Nokia HERE Maps pada perkhidmatan mereka. Facebook dipetik mengatakan yang mana ujian ini memberikan mereka lebih kawalan dan fleksibiliti dalam menawarkan pengalaman penggunaan peta yang konsisten pada platform mereka.

Facebook dilihat melakukan ujian integrasi peta HERE Maps ini pada aplikasi Android mereka – terutamanya Messenger, Instagram dan Facebook.

Integrasi ini dilihat akan memberikan pelbagai kelebihan kepada Facebook, terutamanya dari segi data berkaitan geolokasi. Facebook sedia menguji fungsi seumpama memaparkan kemaskini berhampiran lokasi pengguna, dan integrasi data HERE Maps dijangka akan membantunya.

Seperti semua, kini menjadi tanda tanya sama ada pihak Facebook akan membeli dan mengambil-alih Nokia HERE Maps ini sepenuhnya untuk menggunakan data geolokasi, ataupun mereka hanya akan berkolaborasi dengan Nokia seperti beberapa tahun sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd