Cari @ Amanz

Google sering hadir dengan sesuatu yang baru untuk laman sosial mereka, Google+ dalam usaha untuk pengguna lebih aktif menggunakannya. Terkini, hari ini pihak Google memperkenalkan satu lagi fungsi baru pada laman berkenaan, dinamakan sebagai Google+ Collections.

Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna berkongsi kandungan web dalam bentuk interaktif, termasuk dari segi video, pautan web, gambar dan sebagainya. Setiap satu boleh dikategorikan dalam memudahkan simpanan dan perkongsian anda.

Google+ Collections

Secara kasar, ia dilihat seperti ingin menawarkan sesuatu seumpama Pinterest, tetapi sedikit berbeza daripada laman sosial tersebut dari segi penemuan kandungan baru.

Fungsi ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, dimana bersama-sama pengenalannya, butang perkongsian pada laman Google+ turut diubah untuk memudahkan anda melakukan perkongsian kandungan.

Bagi anda, adakah pengenalan Google+ Collections ini akan menarik lagi anda menggunakan laman sosial Google berkenaan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd