Samsung Dan Samsonite Bekerjasama Membangunkan Bagasi Pintar

Samsung Dan Samsonite Bekerjasama Membangunkan Bagasi Pintar

Diterbitkan pada Mei 5, 2015 oleh .

SamsoniteSamsonite merupakan salah satu jenama bagasi popular di peringkat global, dan terkini mereka dilihat bekerjasama dengan pihak Samsung untuk membangunkan beberapa bagasi pintar untuk dipasarkan secara komersial.

Beberapa variasi dilihat sedang dibangunkan oleh pihak Samsonite dan juga Samsung. Yang menjadi fokus utama adalah bagasi pintar dengan integrasi GPS, membolehkan pengguna memantau lokasi semasa bagasi berkenaan – terutamanya ketika di lapangan terbang. Pengguna boleh mengaktifkan GPS dan menyemak lokasi semasa bagasi, selain turut mengetahui apabila ia tiba ditempat mengambil bagasi di lapangan terbang. Ini membuatkan anda tidak perlu ternanti-nanti akan ia, sebaliknya hanya mengikut notifikasi yang dipaparkan pada telefon pintar. Disamping itu, bagasi pintar ini juga turut dikatakan akan menghantar notifikasi sekiranya anda meninggalkan ia untuk beberapa meter.

Selain daripada itu, Samsonite juga dikatakan sedang dalam pembangunan konsep untuk bagasi yang mengikut pemilik ke mana-mana secara automatik. Ini sekaligus menjadikan pengguna tidak perlu menariknya seperti sekarang, sebaliknya ia akan mengikut pengguna secara automatik. Namun, teknologi ini masih pada peringkat awal, dimana peralatan yang digunakan masih bersaiz besar dan beratnya tidak sesuai lagi buat masa ini.

Beberapa syarikat lain sebelum ini pernah melihat ke arena bagasi pintar ini, dan semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Samsonite hasil kerjasama dengan Samsung ini.


TIPS & ULASAN