Penggunaan Android Lollipop Mencapai 9.7%

Penggunaan Android Lollipop Mencapai 9.7%

Diterbitkan pada Mei 5, 2015 oleh .

Salah satu igauan ramai para pengguna Android adalah berkaitan dengan kemaskini. Perkara sama juga menjadi fokus ramai pembangun aplikasi, dan ini membuatkan pihak Google menerbitkan data penggunaan secara umum, dan hari ini mereka telah pun menerbitkan data terkini untuk tarikh berakhir awal Mei 2015.

Melalui data terkini yang dikeluarkan, versi KitKat mendahului penggunaan pelbagai versi lain, dimana ia kini digunakan hampir 40% peranti Android seluruh dunia. Mengikut rapat dibelakangnya adalah versi Android Jelly Bean.

Android Lollipop 2015

Android Lollipop yang telah diperkenalkan pada tahun lepas dan versi Android 5.1 pula telah diperkenalkan selepas itu. Kedua-dua versi ini berjumlah 9.7%, dan mungkin kita akan dapat melihat penambahan versi ini pada bulan-bulan akan datang dengan pelbagai peranti baru menggunakannya dilancarkan.

Bagi anda, apakah versi Android yang anda gunakan?


TIPS & ULASAN