Cari @ Amanz

Terdapat beberapa laman yang jual permainan video secara digital, dan salah satu yang menawarkan pelbagai permainan klasik adalah GOG (Good Old Games). Hari ini, pembangun GOG secara rasminya memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka dinamakan sebagai GOG Galaxy, yang mana menawarkan beberapa sokongan seumpama yang terdapat pada Steam.

GOG Galaxy

GOG Galaxy menawarkan sokongan komuniti, membolehkan pengguna menambah rakan-rakan, selain bersembang dan mengumpulkan pencapaian melaluinya. Dengan penambahan ini, ia menjadikan permainan multiplayer lebih menarik, dan pada masa yang sama mendekatkan pemain dengan pengguna lain pada platform sama. Ini juga boleh dikatakan salah satu fungsi pada Steam yang menjadikan mengapa ia popular.

Disamping itu, GOG Galaxy juga turut membolehkan pengguna untuk menerima kemaskini permainan secara automatik berbanding sebelum ini yang dilihat sedikit sukar. Disamping itu, GOG turut menawarkan sokongan DRM-free, serta membolehkan anda memuat-turun salinan untuk disimpan pada komputer anda sebagai salinan pendua.

GOG hari ini mempunyai sekitar lebih 1,000 permainan tersenarai, dan mereka turut menyasarkan untuk menambah pelbagai permainan popular lain pada perkhidmatan mereka.

Jika anda peminat permainan video tegar, dan ingin menyertai GOG Galaxy, anda boleh mendaftar untuk menyertai beta terbuka yang disediakan untuk platform Windows dan juga Mac.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd