Oppo R7 Bakal Dilancarkan Pada 20 Mei – Peranti Paling Nipis Dengan Sokongan Pengecasan Pantas VOOC

Oppo R7 Bakal Dilancarkan Pada 20 Mei – Peranti Paling Nipis Dengan Sokongan Pengecasan Pantas VOOC

Diterbitkan pada Mei 6, 2015 oleh .

Sebulan dua ini kita telah melihat sejumlah pengeluar peranti dari China mengumumkan beberapa produk baru mereka, tetapi pihak Oppo masih senyap lagi. Dengan pelbagai desas-desus dan ketirisan berkaitan Oppo R7, kini pihak Oppo telah mula menghantar jemputan kepada media global, menandakan mereka akan mengumumkan peranti baru mereka itu pada bulan ini.

Oppo R7

Oppo R7 akan terus memfokuskan kepada peranti yang nipis dan ringan. Oppo R5 telah diperkenalkan pada tahun lepas yang membawakan rekaan yang amat nipis, malah membuatkan pihak Oppo terpaksa mengorbankan ruangan untuk port audio-jack. Siri Oppo R7 ini dijangka akan meneruskan tradisi peranti yang nipis, tetapi tidak diketahui lagi sama ada ruangan audio-jack akan dikekalkan ataupun sebaliknya.

Oppo R7

Oppo R7

Mengikut pelbagai desas-desus, Oppo R7 dijangka akan membawakan cip pemprosesan berasaskan MediaTek, serta kamera belakang 20.7-megapixel. Oppo merupakan antara syarikat pengeluar yang sering hadir dengan beberapa rekaan peranti yang unik dan semestinya ramai menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh peranti baru ini.

Sokongan pengecasan pantas VOCC juga dijangka akan dikekalkan pada peranti ini, selain turut menyertakan sokongan lain seperti penggunaan kaca 2.5D pada bahagian hadapan, serta memori 3GB RAM.


TIPS & ULASAN