Cari @ Amanz

Lenovo telah mempertontonkan telefon pintar Lenovo A7000 pada acara Mobile World Congress 2015 yang lepas, dan kini, selang beberapa bulan selepasnya, pihak Lenovo Malaysia sedang dalam persiapan untuk pelancaran telefon pintar berkenaan secara rasminya di Malaysia.

Lenovo A7000

Lenovo A7000 merupakan telefon pintar pertama dengan sokongan Dolby Atmos, dan memfokuskan kepada mereka yang inginkan kualiti audio yang baik pada peranti mudah-alih mereka. Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 720×1280 pixel, serta dilengkapi cip pemprosesan MediaTek lapan-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM, dan kamera belakang 8-megapixel. Perisian khusus untuk kawalan audio turut disertakan bersama-sama penambahan beberapa fungsi Android yang dibawakan oleh antaramuka Lenovo.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin ia akan terjawab pada acara pelancaran yang dijadualkan pada 12 Mei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd