Pra-Tempahan Untuk BlackBerry Leap Dimulakan Pada Harga RM1089 Di Malaysia

Pra-Tempahan Untuk BlackBerry Leap Dimulakan Pada Harga RM1089 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 6, 2015 oleh .

BlackBerry untuk pasaran Malaysia menjadualkan acara pelancaran rasmi BlackBerry Leap pada minggu hadapan, tetapi hari ini, lebih awal daripadanya, kini Brightstar (pengedar rasmi BlackBerry) telah pun mula menawarkan pra-tempahan untuk peranti berkenaan melalui laman e-dagang 11Street.

BlackBerry Leap

BlackBerry Leap merupakan telefon pintar dengan skrin sentuh sepenuhnya, dilengkapi dengan BlackBerry 10.3.1, dan hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Seperti dinyatakan sebelum ini, pihak BlackBerry akan melancarkan ia secara rasmi pada minggu hadapan, dan melalui laman 11Street, pihak BlackBerry dilihat akan menawarkan ia dipasaran Malaysia secara rasmi bermula 20 Mei kelak.

Dari segi spesifikasi, BlackBerry Leap membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1280×720 pixel, cip pemprosesan Qualcomm MSM 8960 1.5 GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan bateri berkapasiti 2800mAh yang bertahan sehingga 25 jam lamanya.

Jadi, pada harga RM1089 untuk peranti BlackBerry Leap, adakah anda akan mendapatkannya?

Pra-tempah : BlackBerry Leap di 11Street


TIPS & ULASAN