Fon Berasaskan Tulisan Tangan Albert Einstein Sedang Dalam Pembangunan

Fon Berasaskan Tulisan Tangan Albert Einstein Sedang Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Mei 6, 2015 oleh .

Terdapat pelbagai jenis fon (font) hari ini yang mana ada yang ditawarkan secara percuma, mahupun berbayar. Menambah koleksi penawaran jenis rekaan fon di pasaran adalah sebuah projek baru, dimana mereka ingin menawarkan fon berasaskan kepada tulisan tangan Albert Einstein.

Albert Einstein, seperti semua sedia maklum merupakan salah seorang ahli saintis yang terkemuka, dimana pelbagai hasil kerja beliau digunakan dalam pembangunan falsafah sains.

Albert Einstein Font

Untuk menjayakan fon Albert Einstein ini, pelbagai perkara dilakukan, termasuk mengimbas kembali pelbagai dokumen yang pernah ditulis oleh Einstein dan mendapatkan fon yang paling hampir dan menyerupai tulisan tangan beliau.

Buat masa ini, projek ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dan perekabentuknya telah mulakan pengumpulan dana melalui KickStarter. Beliau menyasarkan akan menawarkan fon tersebut kepada para penyumbang projek berkenaan menjelang pertengahan Januari 2016 kelak.

Layari : Kickstarter Albert Einstein Font


TIPS & ULASAN