Sony Xperia C4 Dilancarkan Secara Rasmi – Telefon Memfokuskan Selfie, Kamera Dengan LED Flash Dihadapan

Sony Xperia C4 Dilancarkan Secara Rasmi – Telefon Memfokuskan Selfie, Kamera Dengan LED Flash Dihadapan

Diterbitkan pada Mei 6, 2015 oleh .

Sony pada tahun lepas telah memperkenalkan telefon memfokuskan selfie mereka, dinamakan Xperia C3. Ketika itu, peranti berkenaan menjadi perbualan ramai kerana menyertakan LED Flash pada kamera hadapan, dan kini Sony telah memperkenalkan Xperia C4.

Xperia C4

Xperia C4 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan MediaTek lapan-teras, memori 2GB RAM, serta ruangan storan bersaiz 16GB.

Xperia C4 memfokuskan kepada kamera hadapan yang menyertakan lensa 5-megapixel dengan sokongan LED Flash. Untuk rakaman kamera belakang pula, Sony menyertakan lensa 13-megapixel. Sony turut menyertakan sokongan LTE dan bateri berkapasiti 2600mAh.

Xperia C4

Sony masih belum memberikan petanda bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan. Memandangkan Xperia C3 telah dilancarkan sebelum ini di Malaysia, tidak mustahil kita untuk turut melihat peranti Xperia C4 ini di Malaysia.


TIPS & ULASAN