MSI Memperkenalkan Komputer Riba Dibawah Siri Prestige – Memfokuskan Teknologi True Color

MSI Memperkenalkan Komputer Riba Dibawah Siri Prestige – Memfokuskan Teknologi True Color

Diterbitkan pada Mei 6, 2015 oleh .

MSI hari ini telah memperkenalkan siri komputer riba baru, dinamakan sebagai MSI Prestige, membawakan rekaan yang tampak profesional selain penawaran spesifikasi tinggi melaluinya. Ia hadir dengan rekaan berasaskan metalik, dan seperti biasa papan kekunci dengan sokongan backlit.

MSI Prestige

MSI Prestige ini dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 (i7-4720HQ), serta dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX950M/960M. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati multimedia dengan menarik pada komputer riba ini. MSI turut menekankan komputer riba ini hadir dengan teknologi True Color untuk paparan warna yang lebih jitu – 100% menghampiri sRGB.

MSI turut menyertakan beberapa profil khusus untuk True Color bergantung kepada penggunaan, seperti untuk gaming, untuk penggunaan pejabat, atau untuk merekabentuk grafik. Sebanyak 6 pilihan profil disediakan bergantung kepada penggunaan dalam usaha untuk memberikan paparan warna yang jitu dan semulajadi kepada pengguna.

MSI Prestige

Disamping itu, komputer riba ini turut menyertakan sokongan integrasi teknologi audio daripada Nahimic Sound Technology yang memberikan kesan yang lebih baik ketika menikmati multimedia – terutamanya permainan video.

MSI Prestige ini akan hadir dalam dua variasi saiz skrin, iaitu skrin bersaiz 15.6-inci yang turut hadir dengan pilihan paparan 4K, selain skrin bersaiz 17.3-inci. MSI menyertakan sokongan memori sehingga 16GB RAM pada komputer riba ini, selain storan 256GB SSD + 1TB HDD. Integrasi port kad-SD turut hadir, selain tiga port USB 3.0 dan satu port USB 2.0 disertakan pada komputer riba ini. Sokongan lain seperti HDMI, Mini DisplayPort, Bluetooth dan sebagainya turut disertakan.

Buat masa ini, MSI tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan harga penawaran, dan mungkin kita akan melihatnya di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

MSI Prestige


TIPS & ULASAN